SEL-SEL TISU & PENAWAR


Melalui proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam hidup ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah melalui hawas lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyiasatan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam hidup yang tertentu pula seperti:


  • Sel-sel otak dan saraf menarik 4 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag. Phos, Nat. Phos.
  • Sel-sel otot atau urat pejal (muscle) menarik 4 Phos yang sama dan Kali Mur.

  • Sel-sel tisu menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor.

  • Sel-sel tisu penyambung (connective tissue) menarik Silica.

  • Sel-sel tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur.

  • Sel-sel tulang menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan yang banyak - Silica.

  • Sel-sel kulit, kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulp., Silica.

  • Sel-sel kanta mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos.


Atau garam hidup yang tertentu akan tertarik kepada (affinity) sel-sel tisu yang tertentu seperti:

  • Calc. Flour. didapati dalam tulang dan gigi.

  • Calc. Phos. didapati dalam tulang, rawan dan gigi.

  • Calc. Sulp. didapati dalam kulit, hempedu (bile) dan rambut.

  • Ferr. Phos. didapati dalam darah, air gastrik dan kencing.

  • Kali Mur. didapati dalam darah, otak, otot, air gastrik dan ludah.

  • Kali phos. didapati dalam darah, otak, saraf dan otot.

  • Kali sulp. didapati dalam air gastric, rawan dan kencing,

  • Mag. Phos. didapati dalam otak, saraf, otot, tulang dan gigi.

  • Nat. Mur (garam) didapati dalam tulang, rawan, darah, otot, otak, saraf dan dalam setiap cecair & bukan cecair di dalam badan.

  • Nat. Phos. didapati dalam otak, darah, otot dan saraf.

  • Nat Sulp. didapati dalam hempedu, rawan dan peluh.

  • Silica didapati dalam kulit, kuku, rambut dan tisu penyambung.

Perlu ditegaskan bahawa pemberian penawar kepada pesakit tidaklah didasarkan semata-mata kepada tempat sakitnya, tetapi hendaklah didasarkan kepada keseluruhan semboyannya (totality of symptoms). Kita tidak mengubat matanya, telinganya, perutnya atau sebarang organ secara tersendiri-sendiri atau mengubati nama-nama penyakit seperti selesema, batuk, demam dan lain-lain secara terpisah tetapi kita mengubati si Ali, si Abu dan si Ahmad berdasarkan kepada semua semboyannya yang boleh diketahui.