Adalah menjadi suatu kenyataan yang diakui umum bahawa ada satu daya kuasa yang tabii di dalam diri kita yang menjadi penjaga kesihatan kita yang sangat berkesan. Bagaimanapun, sehingga kini sains masih belum dapat mengenali atau menerangkannya dengan memuaskan.
Kuasa yang dimaksudkan ini kadang-kadang dipanggil sebagai 'kuasa-hidup' atau 'kuasa-hayat’. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai ‘vital-force’. Tetapi kuasa tabii ini sahaja tidak dapat menetapkan keharmonian kerja tubuh badan kita jika darah kita tidak dapat membekalkan bahan-bahan perlu untuk pembinaan sel-sel baru dan sihat.
Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang pokok. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa semboyan penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah ujud semula kesihatan.
Dua belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' (tissue-salts) atau 'garam-sel' (cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug. Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang diperlukan dan tujuan ahli biokimia memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan yang sedang berlaku.