PENAWAR BIOKIMIA

Di dalam amalan perubatan biokimia, pada asalnya, Dr. Schuessler menemui sekitar 12 garam tisu sahaja. Tetapi kemudiannya, kedua belas garam tisu itu ditambah oleh orang yang terkemudian. Kedua belas senarai penawar biochemic yang diperkenalkan oleh Dr. Schuessler itu ialah:-
  • Calcarea Flourica
  • Calcarea Phosphorica
  • Calcarea Sulpburica
  • Ferrum Phosphoricum
  • Kali Muriaticum
  • Kali Phosphoricum
  • Kali Sulphuricum
  • Magnesia Phosphorica
  • Natrum Muriaticum
  • Natrum Phosphoricum
  • Natrum Sulphuricum
  • Silica.
Daripada senarai ini, jelas kepada kita bahawa ada tiga jenis Calcarea, tiga jenis Kali, tiga jenis Natrum dan masing-masing satu bagi Ferrum, Magnesia dan Silica. Atau boleh juga dikatakan bahawa ia terdiri daripada lima Phosphate (Phos.), tiga Sulphate (Sulp.), dua Chloride (Muriaticum) dan masing-masing satu bagi Flouride dan Oxide (Sil.).

Garam hidup ini berada di dalam sel-sel darah terlalu sedikit (very minute) iaitu dari ½ hingga 5 gram dalam tiap-tiap 1,000 gram sel darah, dan kekurangan salah satu daripada garam hidup ini yang berlaku di dalam penyakit hanyalah satu molekular sahaja. Justeru, dos (dose) atau sukatan garam hidup yang perlu dibekal kembali bagi mengisi kekurangan itu mestilah terlalu sedikit pula atau very infinitesimal.
 
Suatu contoh yang merupakan hasil analisa kepada darah di bawah ini (oleh Bunge, seorang physiological chemist berbangsa Jerman) akan menunjukkan betapa kecilnya tiap-tiap satu jenis garam hidup yang berada di dalam 1,000 gram sel darah, iaitu: Ferr. Phos - 0.998, Kali Sulp. - 0.132 gram, Kali Mur – 3.079 gram, Kali Phos – 2.343 gram, Natrum Phos - 0.633 Gram, Calcarea Phos. - 0.094 gram, Magnesia Phos. - 0.060 gram, Natrum Mur. – 5.545 gram, sementara Natrum Sulp., Calcarea fluor dan Silica hanya bekas-bekas sahaja (traces).
 
Penawar-penawar biokimia ini di dalam bentuk aslinya yang mentah (crude) adalah organik, iaitu masih kasar dan tidak dapat diserap dan digunakan terus oleh sel-sel tisu yang seni. Dalam bentuk mentah, atom garam-garam hidup itu berada dalam keadaan yang sangat rapat sehingga tidak boleh bergerak atau hanya bergerak dengan sangat perlahan sekali (inert).
 
Untuk memperseni atau membahagi setiap atom atau lebih tepat lagi setiap ‘ion’ daripada garam hidup itu supaya ia menjadi aktif atau menjadi betul-betul ‘garam-hidup’ dan boleh digunakan terus untuk pembinaan sel-sel yang rosak atau berpenyakit, maka garam hidup yang mentah itu hendaklah dikisar beberapa jam di dalam mortar dengan berbagai sukatan campuran gula tebu yang paling "bersih” (sugar of milk). Gula tebu ini digunakan kerana ia mempunyai sifat yang inert dan tidak merubah khasiat garam hidup itu. Oleh itu ia hanya menjadi pendukung, perantara, pembawa, kenderaan atau ‘vehicle’ dan pemegang penawar - tanpa berlaku sebarang sebatian.