PERUBATAN BIOKIMIA- ADA APA DENGANNYA?

Biochemistry terdiri daripada dua perkataan, iaitu 'bio', daripada perkataan Yunani yang bererti “hidup” atau “hayat”, dan 'Chemistry' daripada perkataan Arab, yakni 'Kimia’ yang bererti “ilmu sains berkenaan kandungan dan susunan sesuatu benda dan perubahannya dari satu peringkat ke satu peringkat.

 

Dengan itu, boleh dirumuskan makna biochemistry sebagai satu ilmu sains berkenaan campuran susunan tubuh-tubuh binatang dan tumbuhan-tumbuhan dan proses perubahan beberapa jenis air atau cecair dan tisu-tisu dalam tubuh dan urat saraf dalam membentuk dan membina dirinya.

 

Di dalam esei ini, yang dimaksud dengan Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) dalam tahun 1873. Beliau mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dan dengan itu popular dengan nama “Cellular Therapy”. Dr. Schuessler bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang ahli kimia (physiological Chemist) dan seorang ahli fizik (physicist). Dengan kepintarannya bukan sahaja beliau dapat memahami dengan mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan oleh ahli sains sezamannya tetapi beliau juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii, bersifat makul dan mudah.

 

Biochemistry (yang mana selepas ini akan disebut sebagai perubatan biokimia) sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant). Sebaliknya ia menggunakan dua belas unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhan-nya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia.

Credit to: http://www.salindah.com/rencana_biokimia.htm (by Dr. Burhanuddin al-Helmy :1911-1969)